arrow_upward

Ramadhan/Syawal
Isu 01-2

Kampung Boy: Takdir oleh Hilal Asyraf

Ini bukan buku agama. Bukan buku ilmiah. Ini buku cerita fantasi.

Cara menarik penulis menyelitkan ayat-ayat Al-Quran dalam jalan ceritanya yang menyebabkan buku ini menjadi pilihan. Sesuailah dengan tema isu kali ini.

Buku ini sebenarnya datang dari rak buku Cikgu Asam Pedas. Tidak sangka, cikgu pun minat baca benda-benda macam ni. Ingat cikgu baca buku fasal berkebun sahaja.

Apabila saya membaca buku ini, teringat-ingat tentang filem Lord of the Rings yang amat popular zaman datuk cikgu dulu-dulu. (Sekolah kami memang tidak membenarkan kami menonton filem-filem sedemikian tetapi sempat kami curi tonton di rumah kawan kami pada cuti sekolah yang lepas tanpa pengetahuan ibu bapanya. Ssh…). Dunia rekaannya penuh imaginasi, watak-wataknya pelbagai ragam dan jalan ceritanya penuh suspen sehingga sukar untuk meletakkan buku ini sebelum mengetahui kesudahannya. Malah, buku ini juga bertrilogi! Buku ‘Takdir’ adalah buku pertama.

Tetapi pada hemat saya, buku ini lebih hebat daripada buku yang ditulis J.R.R. Tolkien mahupun filem yang dibuat berdasarkan bukunya kerana a) tulisannya lebih mudah difahami namun tidak kurang kehebatan penulisannya, b) ia tiada mempunyai unsur-unsur syirik atau maksiat, c) ia dalam bahasa ibunda kita dan d) diselitkan ayat-ayat Al-Quran di dalamnya tanpa mengekokkan jalan cerita.

Kalau tidak baca, rugi.

Teg:

Anda mungkin juga berminat...