arrow_upward

Dasar Privasi

Siapa kami

Lama web kami adalah risalah.online .

Cookies

Jika anda berkunjung ke laman kami, kami akan menghasilkan satu cookie sementara untuk memastikan sama ada pelayar (browser) anda menerima cookies. Cookie ini tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi dan akan dipadam sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Sekiranya dikenalpasti bahawa pelayar anda menerima cookies, pelayan web atau web server kami akan merekodkan maklumat yang dihantar oleh pelayar internet anda, seperti permintaan web anda, alamat protokol internet, jenis dan bahasa pelayar web, tarikh dan masa bagi permintaan anda. Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web atau web server hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Maklumat Log Masuk

Apabila anda log masuk ke dalam laman kami, kami akan menghasilkan beberapa cookies untuk menyimpan maklumat log masuk anda. Cookies log masuk akan bertahan selama dua hari. Jika anda memilih pilihan ‘Ingat Saya’ atau ‘Remember Me’, cookies log masuk akan bertahan selama dua minggu. Sekiranya anda log keluar, cookies log masuk akan dipadam.

Komen Pengguna

Apabila pengunjung meninggalkan komen dalam laman web ini, kami kumpul data yang diisi pengunjung di dalam borang komen, juga alamat internet atau internet protocol (IP) pengunjung dan rentetan ejen pengguna pelayar (browser user agent string) yang mempunyai maklumat untuk mengenal pasti pelayar apa, versi apa dan sistem operasi apa yang digunakan pengunjung, untuk membantu mengesan aktiviti gangguan atau spam. Anda juga akan diberi pilihan untuk menyimpan nama, alamat e-mel dan alamat internet dalam bentuk cookies. Ini adalah untuk kemudahan anda supaya anda tidak perlu lagi mengisi maklumat tersebut apabila anda hendak meninggalkan komen lagi di masa akan datang. Cookies ini akan bertahan selama setahun.

Isi komen pengunjung juga mungkin akan disemak menerusi sebuah perkhidmatan pengesanan spam automatik.

Rentetan tanpa nama yang direka dari alamat e-mel anda (juga dikenali sebagai hash) mungkin diberikan kepada servis Gravatar untuk melihat sama ada anda menggunakannya. Dasar privasi Gravatar boleh dibaca di automattic.com/privacy/. Selepas komen anda diluluskan, gambar profil anda dapat dilihat oleh pengunjung umum dalam konteks komen anda.

Tarikh luput data yang disimpan

Kandungan komen yang anda tinggalkan berserta metadata yang berkaitan dengannya akan disimpan tanpa sebarang tarikh luput yang pasti. Ini untuk membolehkan kami mengenal pasti dan meluluskan sebarang komen susulan secara automatik tanpa perlu menunggu ia disemak sekali lagi.

Sekiranya anda mendaftar dengan laman kami, kami akan menyimpan maklumat peribadi yang anda berikan dalam profil pengguna anda. Semua pendaftar boleh melihat, mengubah atau memadam maklumat peribadi mereka pada bila-bila masa kecuali nama pengguna (username). Pentadbir laman ini juga boleh melihat dan mengubah maklumat ini.

Hak anda atas data peribadi anda

Anda boleh meminta kami untuk memadam sebarang maklumat peribadi anda yang kami simpan kecuali data yang diwajibkan atas kami untuk menyimpannya atas sebab-sebab keselamatan atau undang-undang.

Kandungan dari laman web lain

Rencana dalam laman ini boleh mempunyai kandungan yang tersemat atau embedded content seperti video, gambar, rencana dan sebagainya dan/atau pautan dari laman lain. Kandungan yang tersemat ini dianggap seperti kandungan dari laman lain dan pengunjung yang berinteraksi dengannya tertakluk kepada syarat-syarat laman-laman tersebut. Laman-laman tersebut mungkin akan mengumpul data mengenai anda, menggunakan cookies, menyematkan penjejakan pihak ketiga atau third party tracking dan memantau interaksi anda dengan kandungan tersebut.

Media

Sekiranya anda memuat naik gambar ke dalam laman web ini, anda seharusnya mengelak dari memuat naik gambar dengan kepilan data lokasi (EXIF GPS). Pengunjung laman web ini boleh memuat turun dan mendapatkan data lokasi dari gambar-gambar dalam laman web ini.