arrow_upward

Tentang Kami

Majalah rihlah ini adalah atas usaha sepasukan sukarelawan yang terdiri dari insan-insan yang biasa-biasa sahaja. Kami bukanlah pakar dalam apa-apa bidang. Sebarang nasihat atau cerita yang dikongsi dalam laman ini patut dibaca dengan minda yang kritis.

Watak-watak serta sekolah dalam majalah rihlah ini adalah rekaan semata-mata. Meskipun tidak ada kena mengena secara langsung terhadap yang hidup mahupun yang mati, artikel-artikel yang ditulis sedikit sebanyak dipengaruhi pengalaman dan pengamatan para penulis kami. Untuk melindungi identiti mereka, penulis-penulis ahli pasukan majalah rihlah menggunakan persona samaran.

Apa yang kami kongsi adalah pengalaman dan pengamatan kami sebagai manusia. Ada kisah kegagalan, ada juga yang tiada kesudahan. Ini kerana selagi kita hidup di dunia, kita masih di dalam satu perjalanan dengan destinasi yang belum pasti. Kerana itulah kami memilih tema, ‘Hidup dunia satu perjalanan’ bagi tema majalah kami.

Sudah tentunya kami tidak sempurna. Sekiranya kami tersilap, kami alu-alukan teguran yang berhikmah dan beradab dengan hati yang terbuka dan memohon agar Allah s.w.t. memberikan kami hidayah agar kami dapat kembali kepada kebenaran. Di masa yang sama, kami juga maklum bahawa kadang-kala manusia akan mempunyai pendapat yang berbeza dan kami harap para pembaca dapat berlapang dada untuk menerima perbezaan itu (agree to disagree).

Semoga tulisan kami dapat memberi manfaat kepada pengunjung.

Pasukan Majalah rihlah