Sekolah Hijau
Jika cakap fasal ‘teknologi’, biasanya kita terbayang benda-benda canggih diperbuat daripada besi atau batu yang selalunya dihasilkan negara-negara maju. Tetapi sedarkah kawan-kawan, bahawa teknologi orang-orang dahulu bukan sahaja canggih, malah lebih baik kerana tidak membawa kepada pemusnahan atau pencemaran alam sekitar?
Saya cukup teruja apabila terjumpa video tentang sebuah sekolah yang sangat unik, cantik, dan dibina menggunakan bahan yang mampan, iaitu bambu! Teknologi membina dengan bambu yang sudah wujud bertahun-tahun lamanya dipelajari dari pakar-pakar pembina bambu tempatan, kemudian diperbaharui dengan proses merawat bambu itu menggunakan bahan semulajadi yang tidak mencemarkan agar ia tahan lebih lama.
Ikuti video ini untuk mengetahui lebih lanjut bukan sahaja tentang teknologi yang digunakan untuk membina bangunan sekolah hijau ini, malah bagaimana kemampanan menjadi teras setiap aspek kehidupan dan kurikulum di dalamnya.
Ayuh! Marilah kita sama-sama ubah cara kita memahami makna ‘teknologi’. Teknologi tidak semestinya datang dari Barat. Kita juga perlu lebih peka dan lebih gigih membina bangunan yang sesuai dengan keadaan, budaya dan iklim tempatan, di samping mempelajari tentang kemampanan (sustainability) dan pemuliharaan alam sekitar.
~Kampung Boy~
Bahan Rujukan
Channel News Asia. (2022, September 13). This eco-friendly school in Bali is built mainly from bamboo, mud and grass [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=OU1ijmTK6-k
Green School Bali. (2018, November 2). Green School’s 10 year anniversary documentary [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=PAfE3s07KkA