arrow_upward

Ramadhan/Syawal
Isu 01-2

Harapan Ramadhan

Sekali-sekala apabila bosan, kami akan mendengar muzik dari senarai lagu-lagu dalam perpustakaan digital sekolah. Sekolah kami membolehkan kami mendengar muzik “selagi mana ia tidak mempunyai unsur-unsur yang diharamkan seperti arak, pergaulan bebas tanpa batas, lirik yang menyanggahi syariat dan aqidah Islam serta melalaikan pendengar dan pengamal muzik daripada tanggungjawab dan kewajipan agama.”1 Memandangkan Ramadhan sudah tiba, di sini kami kongsi lagu tentang bulan Ramadhan yang dinyanyikan kumpulan Raihan dan Man Bai.

Kata Cikgu Kuih Ros, lagu nyanyian kumpulan nasyid Raihan sangat popular di kalangan kawan-kawannya semasa dia remaja dahulu, hatta di kalangan mereka yang tidak begitu minat nasyid. Siapa kata muzik perlu ada unsur-unsur cinta, keganasan dan pelbagai maksiat untuk laris? Sayangnya, sangat sukar untuk mencari lagu-lagu atau artis-artis yang bersih di masa kini yang sedap didengar. Lebih-lebih lagi yang hanya nyanyi acapella atau hanya bergantung kepada alat-alat muzik seperti gendang dan rebana.

Boleh klik pautan ini untuk mendengar lagunya:

https://www.youtube.com/watch?v=CQ3PZLX-gjY

Lagu ini juga boleh didapati di Spotify. Selamat mendengar!

~Manjazilla~

Harapan Ramadhan

oleh Raihan

dengan penampilan istimewa Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan, pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah

Dengan rahmatMu

Oh Tuhanku

Ku tempuh jua

1 Luqman Tarmizi. (2019, July 14). Islam dan Muzik. Bayan Linnas, 197. https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/3570-bayan-linnas-siri-ke-197-islam-dan-muzik

Teg:

Anda mungkin juga berminat...