arrow_upward

Ramadhan/Syawal
Isu 01-2

Aplikasi Al-Quran

Aplikasi Al-Quran begitu banyak sekali dalam Google Play. Jenuh betul hendak mencuba setiap satu untuk memilih mana yang sesuai dan boleh membantu saya dalam menghafal Al-Quran. Untuk kesenangan kawan-kawan semua, saya memberi ulasan untuk lima aplikasi Al-Quran yang boleh digunakan secara percuma. (Sebenarnya saya mencuba lebih dari lima tetapi cukuplah saya ulas yang ini lima sahaja).

Saya mencari tiga ciri penting untuk membantu saya dalam penghafalan saya. Pertama, ada terjemahan prakata dalam bahasa ibunda kerana Cikgu Dodol mewajibkan kami untuk menghafal maknanya sekali. Lebih mudah untuk menghafal jika saya tahu makna setiap perkataan, walaupun struktur ayat dalam bahasa ibunda agak janggal jika lihat mengikut prakata. Kedua, aplikasinya membolehkan saya ulang dengar ayat-ayat yang saya pilih yang saya baru hendak hafal. Ketiga, ia mudah untuk menandai ayat dan surah supaya senang untuk kembali ke ayat tersebut.

Perbandingan ringkas ciri-ciri utama

Saiz
161MB36MB112MB102MB78MB
Tanda (bookmark)
Bacaan qari14 qari5 qari8 qari14 qari14 qari
Cari dalam terjemah
Cari dalam Arab
Papar makna prakata
Ulang dengar beberapa ayat
1 ayatsurah saja
Senang digunakan
Reka bentuk menarik

Perincian setiap aplikasi

1) Al Quran Perkata dan Tafsir oleh Muslim Media

Pautan: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.muslim.dev.alquranperkata

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak saya gemari:

Setelah saya mencuba pelbagai cara, saya akhirnya mendapati untuk menandai satu ayat, saya perlu klik di ruang kosong sebelah kiri ayat tersebut. Untuk ulangi ayat itu pun begitu. Tetapi saya tidak mendapati cara untuk mengulangi beberapa ayat serentak. Aplikasi ini hanya boleh ulangi bacaan satu-satu ayat sahaja.

Sedang saya mencuba-cuba aplikasi ini sambil mendengar bacaan Misyari Al-Afasy, saya tertekan sesuatu butang, butang mana saya tidak pasti. Bacaan terhenti. Apabila saya hendak sambung semula audio bacaan itu, aplikasi itu memulakan bacaan itu dari ayat pertama dan bukan dari ayat terkini. Bayangkan kalau saya sedang mendengar ayat-ayat terakhir surah Ali-Imran!

Untuk saya sambung balik ke ayat di mana saya berhenti mendengar ayat tersebut tidaklah semudah mengklik ayat itu. Saya perlu ingat ayat mana yang saya mahu sambung, mencarinya, kemudian memainkan audionya sekali lagi.

Ada juga ciri-ciri yang tidak berfungsi dengan betul, umpamanya, aplikasi ini tidak dapat mengesan lokasi telefon bimbit saya untuk menentukan waktu solat yang lebih tepat. Jika kawan-kawan gunakan aplikasi ini secara percuma, kawan-kawan juga akan menghadapi banyak iklan.

Aplikasi ini tidak sesuai untuk digunakan dengan tablet kerana tepinya akan terpotong sedikit.

Rumusan

Aplikasi ini boleh dikatakan agak canggih antara aplikasi-aplikasi Al-Quran yang ada dalam Google Play. Walaupun tidak semua cara untuk mencapai tujuan sesuatu perkara serta-merta jelas atau intuitif (kerana terdapat terlalu banyak ciri-ciri), apabila sudah biasa, saya mendapati aplikasi ini mudah juga untuk digunakan. Reka bentuknya bukan sahaja cantik, tetapi mudah untuk mengakses pelbagai perkara dari skrin paparan ayat hanya dengan satu klik. Butang-butangnya juga tidak terlalu banyak atau menyemakkan. Saya menabik pembuatnya.

Jika kawan-kawan mencari aplikasi yang banyak ciri-ciri dan senang untuk mengakses ciri-ciri tesebut dalam satu langkah, inilah aplikasi yang sesuai untuk kawan-kawan. Mungkin pada mulanya rasa agak sukar tetapi masa yang dihabiskan untuk belajar menggunakannya berbaloi.

Nota: Terdapat banyak versi aplikasi ini dari pembuat yang sama. Ulasan ini untuk versi yang paling banyak muat turun dan mempunyai ulasan dari pengguna yang paling terkini. Kerana nama semua versi sama, sila lihat gambar ikonnya untuk kenali versi mana yang dimaksudkan di sini.

2) Al Quran, Tafsir, Murotal & Asbabun Nuzul oleh Zayn Apps

Pautan: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.apps.zayn.quranasbabunnuzul

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak saya gemari/tidak ada:

Satu perkara yang saya suka tenang aplikasi ini ialah ada pautan untuk membaca asbabun nuzul sesuatu ayat jika ada. Tiada perkara lain yang menarik tentang aplikasi ini selain itu. Beberapa ciri utamanya pula tidak begitu intuitif untuk digunakan. Umpamanya, untuk mencari perkataan dari terjemahan, saya tidak boleh terus cari jika saya sudah membuka satu surah. Saya perlu pulang semula ke halaman utama, kemudian klik tab ‘Cari’. Pada mulanya juga saya tidak tahu bahawa ada terjemahan prakata. Saya mendapatinya apabila saya klik lama pada ayat itu kemudian memilih ‘Tafsir dan Asbabun Nuzul’.

Saya juga cuba menggunakannya dalam tablet dan tidak menghadapi sebarang masalah.

Rumusan:

Aplikasi ini sangat ringkas dan mudah digunakan, tetapi tidak mempunyai ciri-ciri yang mononjol kecuali pautan langsung pada asbabun nuzul (sebab turunnya) dari ayat itu sendiri. Ciri-ciri utama yang saya perlukan juga tidak ada atau tidak begitu senang untuk diakses. Saya hanya akan gunakannya jika saya mahu mencari asbabun nuzul sesuatu ayat.

Nota: Pembuat aplikasi ini telah menghasilkan pelbagai aplikasi Al-Quran. Untuk mengetahui ulasan ini tentang versi yang mana, sila lihat gambar ikon dan nama lengkapnya yang tertera di atas.

3) Al Quran Melayu oleh Andi Unpam

Pautan: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.andi.alquran.melayu

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak saya gemari/tidak ada:

Satu ciri yang sangat saya sukai tentang aplikasi ini ialah begitu mudahnya untuk memilih sekumpulan ayat-ayat dari satu surah dan tetapkan berapa banyak kali bacaannya akan diulang. Ini ciri yang sangat penting dalam penghafalan kerana kadang-kala ada beberapa ayat yang saya mahu ulang dengar kerana belum cukup mantap dalam otak saya. Banyak ciri-ciri dalam aplikasi ini juga mudah dan intuitif untuk digunakan tanpa perlu asyik ke muka hadapan.

Rumusan:

Rekabentuknya kemas, cantik dan sedap dipandang. Bagi mereka yang tidak begitu arif menggunakan teknologi, mungkin aplikasi ini bagus untuk dimuat turun sebagai permulaan.

Nota: Aplikasi ini mempunyai banyak versi untuk terjemahan Al-Quran dalam pelbagai bahasa lain.

4) Al-Quran Indonesia –Tafsir & Per Kata oleh Saliima Software

Pautan: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.edream.quran

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak saya gemari/tidak ada:

Aplikasi ini memang punya banyak ciri-ciri yang baik untuk memudahkan penghafalan. Tetapi, cara hendak mencapai tujuan sesuatu perkara tidak serta-merta jelas atau intuitif kerana perlu dilakukan dari muka hadapan dan bukan di ayat itu sendiri. Umpamanya, jika saya sudah buka sesuatu surah dari ‘Daftar isi’, saya perlu klik setiap ayat untuk mendengar bacaannya. Jika saya mahu mendengar bacaan lebih dari satu ayat atau mendengar keseluruhan surah tersebut, saya perlu kembali ke halaman utama dan klik butang ‘Mendengarkan’ pula. Untuk kembali ke halaman utama sendiri memerlukan dua langkah kerana tidak ada butang langsung.

Satu lagi contoh ialah sukarnya untuk melompat ke ayat belakang apabila berada di surah itu sendiri. Umpamanya, apabila saya hendak ke surah Ali-Imran ayat ke 185, saya perlu menatal (scroll) sehingga hampir ke akhir surah. Jika tidak, saya perlu ke muka sebelumnya (back) dan tekan butang di sebelah kanan atas.

Saya tidak mendapati cara untuk melakukan beberapa ciri serentak dari satu-satu bahagian. Umpamanya, saya hanya boleh dengar seluruh surah dari bahagian ‘Mendengar’ tetapi tidak dari bahagian ‘Daftar Isi’ atau ‘Bookmark’. Itupun saya perlu tetapkan surah, ayat dan bilangan ulangannya terdahulu, tidak boleh terus mainkan bacaan. Di masa yang sama, tidak ada cara untuk saya menandai (‘bookmark‘) atau simpan (‘save to favourites‘) surah-surah lazim yang saya mahu dengar pada bahagian ‘Mendengar’.

Untuk makluman, versi percuma mempunyai sebaris iklan dipaparkan di bawah pada setiap muka. Saya tidak begitu kisah tetapi mungkin kawan-kawan tidak gemari hal seperti itu.

Rumusan

Aplikasi ini boleh dikatakan hampir sempurna untuk pengguna yang ingin menghafal Al-Quran. Boleh ulang dengar bacaan mengikut ayat serta bilangan yang ditetapkan pengguna, ada makna prakata, boleh rakam suara sendiri dan boleh letak petanda. Walaupun reka bentuknya tidak begitu mesra pengguna kerana ciri-cirinya memerlukan beberapa langkah, saya tidak perlu buka aplikasi lain untuk membuat sesuatu perkara.

5) Al Quran Perkata oleh M-K

Pautan: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pro.learn.alquran

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak saya gemari/tidak ada:

Seperti aplikasi pertama yang diulas di atas, aplikasi ini mempunyai banyak lagi ciri-ciri lain yang tidak saya perlukan. Malah, saya rasakan mungkin aplikasi ini dibuat oleh sekumpulan orang yang sama. Saya tidak akan mengulas tentang ciri-ciri tersebut kerana ia bukan tujuan saya memuat turun aplikasi ini.

Rumusan

Walaupun aplikasi ini banyak ciri-ciri bonus yang berguna, banyak juga ciri-ciri yang tidak saya perlukan. Di samping itu, reka bentuknya tidak begitu memuaskan dan ia tidak mempunyai satu ciri utama yang saya perlukan, iaitu mengulang bacaan ayat-ayat tertentu.

Nota: Saya dapati ada satu lagi aplikasi yang 90% serupa dengan aplikasi ini tetapi dibuat oleh Muslim Media. Saya tidak tahu adakah pembuat kedua-dua aplikasi dari kumpulan orang yang sama atau salah satu daripada mereka telah menciplak yang lagi satu. Versi oleh Muslim Media yang saya muat turun tidak boleh memuat turun audio walaupun ada butang untuk berbuat demikian. Anda boleh nilai sendiri. Ini pautan untuk aplikasi yang semirip dengannya: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.hadits.alquran

Kesimpulan

Tiada aplikasi yang seratus-peratus sempurna dan menepati keperluan saya. Akhirnya, saya memilih ‘Al-Quran Indonesia –Tafsir & Per Kata’ oleh Saliima Software (pilihan keempat) kerana ia mempunyai kesemua ciri-ciri yang saya perlukan meskipun ia tidak begitu mesra pengguna. Mungkin akan datang ada aplikasi yang lebih baik dari ini.

~Techie Qari~

Teg:

Anda mungkin juga berminat...