Permainan Mengurus Kewangan
Pandaikah kawan-kawan mengurus kewangan? Kalau hendak uji kecelikan dalam pengurusan wang, cubalah permainan mengurus kewanangan! Banyak permainan yang boleh kawan-kawan main. Di sini kami kongsikan segelintir daripada permainan yang wujud di internet. Semuanya percuma dan sangat menarik!
Permainan ini menguji kemahiran pemain untuk mengharungi kehidupan dengan berpendapatan rendah. Menurut Courtney Poquette, seorang pendidik perniagaan dari Winooski, Vermont, permainan ini mengajar pemainnya untuk benar-benar faham keputusan-keputusan sukar yang perlu dibuat oleh keluarga yang hidup dari gaji ke gaji setiap hari.
Dalam permainan ini, pelajar mengambil peranan sebagai seorang pemandu Uber sepenuh masa yang mempunyai dua anak dan dibebani hutang rumah. Dibangunkan oleh Financial Times, permainan interaktif ini mencabar pelajar untuk menghadapi kehidupan mereka yang bekerja dalam ekonomi gig.
Permainan ini bergaya lama tetapi sangat bagus dalam mendidik tentang bagaimana kita sebenarnya bayar jumlah lebih apabila berhutang dalam jangka lama berbanding membayar secara tunai. Bagus juga untuk melatih kemahiran pemain dalam kira-kira.
Selamat bermain!
~Manjazilla~
