arrow_upward

Ramadhan/Syawal
Isu 04-3

Kalkulator Zakat

Agama Islam adalah agama yang sangat menyeluruh dan mencakupi setiap aspek kehidupan manusia. Islam juga menitik-beratkan kehidupan sosial manusia. Kewajipan zakat tidak sahaja mencerminkan kepentingan membantu mereka yang miskin, tetapi juga mengambil kira tetapi juga mengambil kira kemaslahatan masyarakat. Ini jelas dilihat dari perintah zakat yang memperincikan lapan asnaf yang berhak menerima zakat. 

“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat, orang yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajipan dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.”

(Q.S. At-Taubah [9]: 60)

Dari pembahagian zakat ini sahaja, kita dapat lihat bagaimana Islam bertujuan merapatkan jurang antara yang berada dengan yang memerlukan, menghapuskan perhambaan dan menyediakan dana untuk menyokong pergerakan dakwah Islam.

Oleh itu, apabila hendak membayar zakat, pastikan anda membayar zakat pada badan-badan yang akan mengagihkan zakat anda kepada kelapan-lapan asnaf. Jika kurang pasti, carilah badan Islam nasional yang diiktiraf.

Kewujudan teknologi zaman ini memudahkan kita bukan sahaja untuk mengira jumlah zakat yang wajib dibayar, tetapi untuk membayar sekaligus zakat tersebut secara dalam talian. Tidak kiralah sama ada untuk membayar zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan, zakat emas dan sebagainya. Setiap negara punya laman sesawang dari badan agama nasional yang menerangkan tentang zakat serta menyediakan kalkulator zakat untuk memudahkan kita membuat perkiraan. Umpamanya:

Portal Bayar Zakat Selangor https://zakatmalaysia.com/

Zakat Calculator Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) https://www.zakat.sg/zakat-calculators/

Badan Amil Zakat Nasional (Indonesia) https://baznas.go.id/kalkulatorzakat

Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB)

https://www.taib.com.bn/taib-web/services/basiczakatcalculation

Lalu, apa lagi alasan kita untuk mengelak diri daripada membayar zakat? Ayuh, jangan lengah-lengah lagi! Bayarlah zakat!

“Dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.”

(Q.S. An-Nur [24]: 56)

~Tech Qari~

Teg:

Anda mungkin juga berminat...