Takbir Raya
Tiada yang lebih syahdu daripada mendengar dan melafazkan takbir raya pada hari raya. Anjuran untuk bertakbir sebaik sahaja bulan Ramadhan berakhir terdapat dalam Al-Quran.
“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu mendapati bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.”
(Q.S. Al-Baqarah [2]: 185)
Anjuran untuk bertakbir pada Hari Raya Aidiladha pula terdapat selepas ayat-ayat tentang ibadah haji.
“Dan berzikirlah kepada Allah pada beberapa hari yang berbilang (iaitu hari tasyrik). Barang siapa mempercepat (meninggalkan Mina) setelah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan barang siapa mengakhirkannya tiada dosa (pula) baginya, (yakni) bagi orang yang bertakwa. Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahwa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya.”
(Q.S. Al-Baqarah [2]: 203)
Walaupun tiada lafaz takbir raya khusus yang dipetik dari Rasulullah s.a.w., saya pasti, kawan-kawan semua sudah tahu membaca takbir raya yang lazim kita dengar setiap tahun. Tetapi tahukah kawan-kawan makna di sebaliknya? Kalau tidak tahu, lihatlah poster di bawah ini. Kawan-kawan boleh mewarnainya sekali dan gantung di bilik kawan-kawan.
Video takbir raya juga banyak terdapat untuk kawan ikuti. Di bawah ini kami kongsi salah satu video kegemaran kami yang dibuat oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Ia bukan sahaja menyertakan makna takbir raya, tetapi juga menunjukkan gambar masjid-masjid yang cantik-cantik di seluruh negara. Boleh kawan-kawan mainkan video ini semasa hari raya nanti, ya!
~Vermilion~
Rujukan
Majlis Ugama Islam Singapura (n.d.). Irsyad berkenaan permulaan takbir pada hari raya Aidiladha. https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Irsyad/Guidance-For-Elduladha-Takbir