Permainan Peribahasa
Jom belajar peribahasa sambil bermain! Cikgu-cikgu kami kadang-kala mengadakan permainan dalam kelas untuk kami belajar sesuatu perkara dengan cara yang lebih menyeronokkan. Di sini kami cadangkan beberapa permainan untuk kawan-kawan menguji pengetahuan kawan-kawan tentang peribahasa.
Permainan Pilih Mana Yang Betul
Soalan-soalan peribahasa yang mudah, dalam format ‘pilih mana yang betul’, berlatarkan ‘rumah berhantu’. Tetapi jangan risau, ia tidak menyeramkan! Tahap peribahasa: Mudah.
Permainan Tukang Gantung
Permainan dalam format tukang gantung (hangman). Pilih huruf dan teka peribahasanya. Jangan salah pilih! Tahap ujian peribahasa: Sederhana.
Permainan Pacman
Permainan mencabar tetapi menyeronokkan dalam bentuk pacman! Anda perlu kemudikan pemain anda ke arah jawapan yang betul sambil mengelak daripada dimakan oleh musuh! Tahap peribahasa: Mencabar.
Kalau kawan-kawan mahu, kawan-kawan juga boleh cuba membuat kuiz sendiri di laman wordwall ini dan mencabar kawan-kawan yang lain! Mudah sahaja!
~Vermilion~