arrow_upward

Muharram/Safar
Isu 04-1

Penjaga Malam: Kembara Khazanah Afrika Selatan oleh Gomdori Co., Kang Gyung-Hyo (Pelukis)

Berlian Pelangi yang diburu pelbagai pihak. Siapa yang berjaya mendapatkannya? Ikutilah kisah menarik yang berlatarbelakangkan Afrika Selatan dalam komik ini. Lucu ada, sedih ada, mendebarkan pun ada. Watak kegemaran saya ialah Tandy, seorang remaja perempuan Afrika yang sangat rajin dan berani. Watak Eun-Ju pula kadang-kala keterlaluan, malah menjengkelkan saya. Pun begitu, secara keseluruhan, ia tidak menjejaskan keseronokan saya dalam membaca komik ini.

Di samping dapat bersantai dan berhibur dengan watak-watak di dalamnya, kawan-kawan juga dapat menimba banyak ilmu tentang Afrika Selatan yang diselitkan. Pelbagai perkara menarik tentang Afrika Selatan dihuraikan dengan terperinci tetapi mudah difahami tanpa membosankan. Saya tidak sahaja teruja mengikuti cerita menarik di dalamnya, saya juga gembira dapat menambahkan lagi fakta tentang Afrika Selatan. Dan setiap kali sebuah tempat yang saya pernah kunjungi disebut dalam buku ini, terimbau kenangan semasa berada di sana.

Rupa-rupanya komik ini merupakan satu daripada banyak lagi komik dalam siri ‘Jelajah Dunia’ tentang pelbagai negara seperti Brazil, Mesir, dan Sweden. Saya tidak sabar untuk mencari dan membaca komik-komik yang lain dari siri ini!

Teg:

Anda mungkin juga berminat...