arrow_upward

Muharram/Safar
Isu 03-1

Kenali Allah, Khusyukkan Solat

Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, cinta kita terhadap Allah akan lebih mendalam. Apabila cinta pada Allah lebih mendalam, kita tidak sabar untuk berbicara dengan Allah. Lebih seronok menghadap Allah. Lebih ghairah untuk solat.

Dan salah satu cara untuk kenali Allah ialah dengan mendalami asmaul husna, nama-nama Allah yang terbaik. Alhamdulillah, teknologi memudahkan kita untuk memulakan langkah bagi mempelajari asmaul husna. Di sini kami kongsi beberapa aplikasi yang boleh kawan-kawan pertimbangkan.

Asmaul Husna: 99 Nama Allah oleh tasbih.app

Pautan: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sevapp.asmaul_husna_99_names_of_allah_dhikr&hl=id

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak kami gemari:

Aplikasi ini sangat ringkas dan senang digunakan. Apabila pengguna klik pada setiap nama dari muka depan, aplikasi akan membawa pengguna kepada makna dan penerangan nama itu secara terperinci. Ayat-ayat Al-Quran juga diberikan sebagai rujukan bagi menjelaskan nama tersebut.

Di samping penjelasan yang diberikan, kami juga merujuk kepada sumber-sumber lain untuk mendalami makna nama-nama Allah yang terbaik ini kerana tidak semua ayat yang dikaitkan dalam aplikasi ini menyebut nama tersebut secara langsung. Namun, aplikasi ini tetap berguna sebagai permulaan untuk mengenali asmaul husna.

Kami suka aplikasi ini  kerana ia memudahkan kami untuk mempelajari nama-nama Allah yang terbaik. Selain daripada kuiz, pengguna boleh menandai nama-nama yang ingin diberi tumpuan untuk ulangkaji. Pilihan dwiwarna hitam dan hijau untuk reka bentuknya membuat ia kelihatan kemas dan moden.

1) Asmaul Husna – Arti & Makna oleh Bercoding Studio

Pautan: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bercodingstudio.asmaulhusna&hl=id

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak kami gemari:

Ciri yang tidak terdapat dalam aplikasi serupa yang lain ialah notifikasi yang muncul setiap hari. Namun, masih ada beberapa pembaikan yang boleh dibuat tentang ciri ini. Umpamanya, apabila pengguna klik notifikasinya, pengguna mungkin menjangka ia akan membawa pengguna kepada penjelasan lebih panjang tentang nama itu sendiri. Tetapi, ia hanya membawa pengguna kepada muka depan aplikasi yang menyenarai kesemua 99 asmaul husna. Pengguna juga tidak boleh ubah suai kekerapan atau masa notifikasi itu muncul. Malah, untuk mematikan notifikasi juga tidak boleh dibuat dari tetapan (setting) dalam aplikasi itu sendiri. Pengguna perlu pergi kepada tetapan sistem telefon untuk mematikannya. 

Dari segi rekabentuk, aplikasi ini mudah digunakan dan tidak rumit. Pengguna juga boleh memilih mod cerah (berwarna-warni) atau mod gelap (hitam putih). Kemudahan untuk mendengar asmaul husna didendangkan juga membuat kami suka aplikasi ini.

1) Marbel Asmaul Husna + Suara oleh Educa Studio

Pautan:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.educastudio.marbelasmaulhusna&hl=id

Ciri-ciri bonus:

Ciri-ciri yang tidak kami gemari:

Dalam bentuk animasi yang berwarna-warni, aplikasi ini seperti sebuah permainan video. Penggunaanya agak mudah dan intuitif. Iklan-iklannya juga tidak begitu mengganggu kerana kedudukannya yang terletak di tepi dan atas dan kelihatan seperti sebahagian daripada rekabentuk aplikasi itu sendiri.

Mod belajar mempunyai tiga aktiviti. Belajar setiap nama satu persatu, belajar kesemua 99 nama sekaligus melalui tayangan automatik, ataupun belajar menerusi jadual (table). Tidak kira aktiviti mana yang dipilih, setiap nama akan disebut dalam bahasa Arab.

Sayangnya, apabila pengguna sedang belajar nama-nama itu separuh jalan dan keluar dari mod belajar, tiada pilihan untuk menandai tempat terakhir di mana pengguna membaca nama tersebut. Apabila pengguna kembali kepada aktiviti belajar itu, pengguna perlu belajar semula kesemua 99 asmaul husna dari permulaan senarai. Kami terpaksa tatal (scroll) sendiri kepada tempat terakhir kami membaca. Itupun kalau kami ingat. Ini melemahkan semangat kami untuk meneruskan pembelajaran. Bayangkanlah, ada 99 nama. Banyak masa terbuang apabila perlu tatal kepada nama yang ke-45 misalnya.

Kami mendapati mod main/kuiz lebih berguna. Mod ini mempunyai empat aktiviti mudah untuk menguji pengetahuan pengguna. Dua aktiviti untuk mencamkan nama Allah berdasarkan bacaan audio dan dua lagi aktiviti untuk memadankan erti nama Allah dalam bahasa Arab dengan maknanya dalam bahasa Indonesia ataupun Inggeris. Di setiap soalan, jika pengguna mendapat jawapan yang betul, pujian akan diberikan. Jika tidak, pengguna boleh mencuba sekali lagi.

Di akhir 3 minit, pengguna akan diberi markah dengan perbandingan markah pengguna yang terbaik antara markah-markah sebelumnya. Ini memberikan pengguna semangat untuk memperbaiki markah mereka. Meskipun rekabentuk beranimasinya untuk kanak-kanak, mereka yang lebih dewasa pun boleh gunakannya untuk belajar dengan cara yang menyeronokkan. Satu perkara yang kami rasa boleh diperbaiki ialah untuk memastikan tidak ada nama yang sama disoal dalam masa tiga minit sesuatu kuiz.

Kesimpulan

Setiap aplikasi mempunyai keistimewaannya tersendiri. Silalah muat turun mana-mana aplikasi yang kawan-kawan mahu. Atau, muat turun dan simpan semuanya! Selagi peranti mempunyai cukup ruang, mengapa tidak?

~Techie Qari & Munchkin~

Teg:

Anda mungkin juga berminat...