arrow_upward

Muharram/Safar
Isu 02-1

Keindahan berwarna warni

Apabila sudah penat buat kerja sekolah atau kerja rumah, saya dan kakak-kakak saya suka mewarnakan lukisan. Selain dapat rehat, boleh gantung di dinding bilik dan mengingatkan kita akan kalimat-kalimat Allah.

Besarnya nikmat Tuhan. Bayangkan kalau hidup kita ini hanya hitam putih sahaja. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

“Tidakkah engkau melihat, bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu Kami keluarkan dengannya buah-buahan yang yang berlainan jenis warnanya?  Dan dari gunung-gunung itu ada jalur-jalur putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.”

(Q.S. Fathir[35]: 27)

Teman saya pernah beli buku-buku mewarna di Etsy, umpamanya, https://www.etsy.com/sg-en/search?q=coloring%20pages%20islamic . Tetapi kami tidak mampu untuk beli jadi Kakak Vermilion akan lukiskan gambar-gambar untuk kami warnakan. Di bawah ini antara hasilnya. Cantik kan? Kawan-kawan boleh muat turun untuk mewarnakannya dan jadikan hiasan di bilik kawan-kawan juga. Kakak Kuih Pao kata, satu hari nanti dia akan cuba jual karya Kakak Vermilion di Etsy. Boleh buat duit. Sekali-sekala jenguklah ke laman ini untuk mendapatkan karya-karya baru. Tetapi jangan pula sibuk mewarna hingga lupa belajar ya?

~Munchkin~

Nota: Jika anda sedang membaca rencana ini menggunakan telefon bimbit, anda perlu klik pautannya untuk lihat karya-karya ini.

Tarikh terakhir dikemaskini:

Teg:

Anda mungkin juga berminat...