arrow_upward

Jamadilawal/Jamadilakhir
Isu 04-2

Ada apa dengan cinta?

Apabila bercakap fasal cinta, kita selalu terbayangkan kisah cinta romantis antara lelaki dan perempuan, Adam dan Hawa, Uda dan Dara. Ini kerana di mana-mana kita disogok dengan cinta sedemikian. Lagu-lagu yang didendangkan di corong radio, hampir semuanya lagu cinta. Drama-drama (lebih-lebih lagi drama Melayu) rata-rata tentang cinta. Kalaupun kita tonton filem aksi, misteri, seram sekalipun, pasti diselitkan babak-babak cinta. Kerana itu, meskipun kita tahu cinta lebih luas daripada itu, kita sering terbawa-bawa dengan perasaan cinta romantis secara khusus.

Kenapa? Mungkin kerana cinta romantis yang diwawarkan biasanya berakhir dengan kebahagiaan. Atau mungkin kerana ia membangkitkan perasaan dan syahwat. Dan sebab itulah tema-tema sebegini laku.

Realitinya, kita sebenarnya boleh hidup tanpa cinta sedemikian. Sedangkan hidup tanpa rasa cinta pada Tuhan adalah hidup yang kosong. Kadang-kala, hidup tanpa rasa cinta pada Tuhan boleh menyebabkan hidup merana.

“Katakanlah, “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, pasangan-pasanganmu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, serta tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk terhadap kaum yang fasik.”
(Q.S. At-Taubah [9]: 24)

Selepas cinta pada Tuhan, cinta pada Rasulullah s.a.w. menjadi pelengkap jiwa. Cinta pada keluarga dan sahabat memenuhi keperluan sosial. Cinta pada negara pula menyemarakkan semangat dan menyatukan kita.

Marilah sama-sama kita dalami makna cinta yang lebih luas dalam isu kali ini.

~Editor~

Teg:

Anda mungkin juga berminat...