arrow_upward

Muharram/Safar
Isu 02-1

Aurora: Menara oleh Isa Kamari

Buku ini memaparkan kisah seorang arkitek yang merekabentuk sebuah menara kebanggaan semua orang. Akan tetapi, rekabentuk itu menyeksa jiwanya kerana tidak selari dengan prinsipnya. Babak-babak dalam novel ini memaparkan pergolakan dalam dirinya, diselang-seli dengan igauan yang memaparkan gejala-gejala sosial warga kota yang dicabar oleh arus pemodenan.

Novel ini benar-benar memerlukan usaha untuk menyelaminya. Ia bukan bacaan ringan. Makna yang tersurat sangat dalam. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku benar-benar memahaminya, meskipun kadang-kala aku dapat rasakan apa yang watak utama rasa. Sebagai seorang remaja yang punya azam dan cita-cita yang berkobar-kobar untuk menegakkan prinsip serta membentuk jati diri, kadang-kala kekecewaan akan dialami apabila dianggap orang sekeliling sebagai terlalu idealistik.

Bagi sesiapa yang berani mencuba, pastikan anda membaca kata penulis di bahagian hadapan dahulu kerana ia akan menerangkan sedikit sebanyak cara penulisan novel ini. Meskipun payah untuk memahaminya, membaca buku ini adalah satu pengalaman yang sangat unik dan saya pasti, setiap pembaca akan mendapat sesuatu daripadanya.

Teg:

Anda mungkin juga berminat...