arrow_upward

Rejab/Syaaban
Isu 01-1

Origami

Cikgu Espresso melarang kami daripada bermain permainan komputer atau telefon bimbit semasa waktu rehat, lebih-lebih lagi di waktu pagi antara kelas. Macam-macam kami fikirkan untuk mengisi waktu lapang itu. Satu hari, aku mendapat idea untuk membuat origami. Ramai yang mula terikut-ikut dengan trend itu, termasuk Cikgu Espresso yang sama-sama membuatnya dengan kami pada sesi usrah kami.

Untuk menjimatkan wang serta memelihara alam sekitar, kami menggunakan kertas yang diambil dari majalah-majalah lama yang telah dibuang dan memotongnya menjadi empat persegi. Kami begitu teruja dengan betapa cantiknya hasil origami yang kami buat sehingga kami menggunakannya untuk menghiasi dinding bilik kami. Berikut adalah beberapa pautan mengajar teknik origami yang kami gunakan tetapi jangan terhad pada ini sahaja!

Bunga. Ada pelbagai jenis bunga origami yang boleh didapati, seperti bunga ros, bunga teratai dan bunga lapan kelopak:

https://christines-crafts.com/how-to-make-a-cute-but-simple-origami-rose-in-5-minutes/

https://www.thecraftaholicwitch.com/origami-lotus-flower/

https://www.paperkawaii.com/easy-8-petal-origami-flower-tutorial/

Kupu-kupu. Senang juga hendak membuat kupu-kupu. Si kecil juga mampu membuatnya. Ini pautan untuk membuat origami kupu-kupu yang kami gunakan:

https://goorigami.com/single-sheet-origami/origami-butterfly/3006

Katak. Ini origami kegemaran budak lelaki. Boleh main sekali.

https://origami.me/jumping-frog/

Kapalterbang. Cikgu Hojicha membuat kami mencuba pelbagai lipatan kapalterbang dan menguji kapalterbang mana yang boleh terbang paling jauh dan lama. Kemudian, dia membuat kami memikirkan dan mencari sebabnya berdasarkan sains.

https://www.foldnfly.com/#/1-1-1-1-1-1-1-1-2

Memang seronok membuatnya beramai-ramai sambil merehatkan minda, sekaligus melatih kemahiran psikomotor (psychomotor skills). Selamat berorigami!

~Vermilion~

Teg:

Anda mungkin juga berminat...